Akaun Facebook Ella digodam

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusan Ella pada hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusan Ella pada hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Akaun Facebook milik Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau mesra disapa Ella digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada jam 6 petang, Khamis.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusan Ella pada hari ini.

Menurut kenyataan pengurusan Ella, pihaknya dalam usaha melapor perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami akan menyerahkan semua maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.