Itulah hakikat politik di Perak, kata Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

PONTIAN - "Jelas apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Perak itu adalah hakikat politik di negeri Perak."

Demikian reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung penularan klip video Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengeluh kerana perlu bergelut seorang diri bagi melindungi kepentingan Melayu di negeri berkenaan.

Ahmad Zahid mendakwa, apa yang dikatakan pada klip video berkenaan adalah masalah yang timbul di Perak khususnya apabila Menteri Besar sendiri tidak diberikan sokongan terutamanya daripada DAP.

Malah, dakwanya, DAP sendiri mempunyai calon untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar kelak.

"Bagi saya, ia adalah satu hakikat yang berlaku di negeri saya sendiri. Bagi saya, itu masalah mereka.

"Yang penting, kita (Barisan Nasional) cuma kurang dua kerusi di Perak. Yang dua itu pun dah 'menyeberang' dan harap tak perlulah kita tunggu sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)," katanya pada Program Ramah Mesra di Pekan Kukup di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak nafi ada masalah dengan DAP

DAP tuntut MB Perak beri penjelasan

Artikel Berkaitan:

"Mungkin dengan permasalahan yang timbul dalam kalangan mereka itu peluang yang baik untuk kita gunakan budi bicara politik bagi menggabung jalinkan parti-parti politik yang ada untuk bersama dengan kita," tambahnya lagi.

Selepas penularan video itu, Ahmad Faizal tampil menafikan beliau bermasalah dengan DAP di Perak.

Jelas beliau, kenyataannya di dalam video itu dipetik di luar konteks dan hanya sebahagian kata-katanya dipetik dan bukannya keseluruhan perbualan.