DAP tuntut MB Perak beri penjelasan

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

BALIK PULAU - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu membuat penjelasan sekiranya video memaparkan beliau mengeluh perlu bergelut seorang diri untuk melindungi kepentingan Melayu adalah benar.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sekiranya apa yang dinyatakan itu adalah benar, Ahmad Faizal perlu membuat penjelasan dan usaha untuk menebus semula apa yang diungkapkannya itu.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat Ahmad Faizal itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Kita tidak tahu tentang apa yang disebut dan dimaksudkan. Namun apa yang dinyatakan itu memang sesuatu yang sukar untuk diterima. Ini kerana, ia bukan saja tidak benar malah tidak berasas. Kita lihat, kenyataan tidak berasas ini tentu akan menggegarkan Pakatan Harapan (PH).

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak nafi ada masalah dengan DAP

Kenyataan MB Perak dibincang dalam Majlis Presiden PH

"Ahmad Faizal perlu membuat usaha untuk tebus balik apa yang beliau cakap itu sekiranya ia benar. Sekiranya tidak benar, beliau tetap kena bagi penjelasan supaya kita diberikan gambaran yang tepat.

"Ini kerana kenyataan itu akan jatuh kepada naratif pembangkang yang mana di depan orang Melayu, mereka kata kerajaan adalah kuda tunggangan DAP. Di depan orang Cina pula, mereka kata DAP dan Lim Guan Eng boneka kepada Perdana Menteri," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Taman Tema Escape di sini.

Artikel Berkaitan:

Guan Eng berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ahmad Faizal mengenai DAP di Perak dalam satu rakaman video yang tular.

"Sekiranya apa yang dicakap itu disunting untuk tujuan tertentu maka lebih baik beliau bagi penjelasan. Saya selalu jumpa dengan beliau dan beliau agak terbuka dan tidak buat apa-apa aduan seperti yang disebut dalam video tersebut," katanya.