[VIDEO] 'Tumpang' aktiviti polis, pekerja kontraktor rancak berzumba

Aksi pekerja kontraktor binaan menari tular di laman sosial.
Aksi pekerja kontraktor binaan menari tular di laman sosial.
A
A
A

MANILA - Rakaman gelagat pekerja kontraktor pembinaan menari ketika mendengar muzik yang mengiringi sekumpulan anggota polis sedang berzumba mencuit hati netizen.

Pekerja pembinaan itu berada di bangunan separuh siap berhadapan dengan sekumpulan anggota polis tersebut.

Menerusi rakaman durasi 22 saat itu, beberapa pekerja dilihat rancak menari dengan menggerakkan badannya ketika lagu mula diperdengarkan.

Aksi lucu itu berjaya dirakam anggota polis di kawasan Quezon City Manila di Filipina ketika mengikuti latihan pada September lalu.

Pegawai Polis Flor-ann Reonal berkata, beliau bangga dengan pekerja binaan itu kerana mereka mempunyai sikap positif meskipun bekerja di tengah panas demi sesuap nasi.

"Kehidupan mereka susah, jadi harus menikmati perkara-perkara yang mudah untuk menghiburkan hati.

"Hidup terlalu singkat, jadi kita perlu gembira," katanya.

Perkongsian dimuat naik di Facebook We Are Malaysian tular hingga meraih 73,000 tontonan dari netizen.

Artikel Berkaitan: