Jabatan Pendidikan Pahang tiada kuasa terhadap pusat tahfiz

Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Tajuddin Mohd Yunus
Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Tajuddin Mohd Yunus
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Pendidikan Pahang tidak mempunyai kuasa terhadap pusat tahfiz dan sekolah agama di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, faktor itu menyebabkan pihaknya sukar untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

"Penubuhan institusi terbabit tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), kita tidak ada kuasa. Begitu juga dengan sekolah swasta persendirian, jadi kita tidak boleh bertindak.

"Bila berlaku sesuatu itu biasanya orang akan cari kita (Jabatan Pendidikan). Jika perkara sebegini terjadi, jabatan yang dipersalahkan sedangkan bukan bidang kuasa kita," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Tajuddin berkata, soal pusat tahfiz yang tidak mempunyai kelulusan satu perkara yang perlu dipandang serius.

"Saya yakin JAIP dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan bertindak tegas dalam perkara ini," katanya.

Semalam murid tahfiz Muhammad Aimin Nurul Amin, 7, yang baru mendaftar masuk pada Oktober lalu ditemui oleh warden asrama dalam keadaan lemah dengan kesan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul.

Mangsa ditemui wardennya kira-kira jam 1 tengah hari dan dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang sebelum disahkan meninggal dunia di klinik terbabit.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tengkuk, kaki dia sejuk'

'Dah lama tak jumpa, tak sangka kali terakhir lihat dia begini'

'Tiada kesan lebam ditemui ketika dia pulang bercuti'

Murid tahfiz mati dipercayai dipukul

Terdahulu media melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa yang dihantar ke pusat tahfiz tidak berdaftar itu bersama abang tirinya sejak pertengahan Oktober lalu.

"Tangkapan dibuat ke atas tiga pelajar lain yang berusia 13 tahun bagi tujuan siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.