Klip video MB Perak cetus tanda tanya

Rakaman video yang tersebar pagi ini menunjukkan Ahmad Faizal bertemu penduduk setempat di Tanjung Piai.
Rakaman video yang tersebar pagi ini menunjukkan Ahmad Faizal bertemu penduduk setempat di Tanjung Piai.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mencetuskan tanda tanya apabila mendedahkan beliau terpaksa berlawan dengan DAP di Perak.

Perkara itu didedahkan menerusi satu rakaman video yang tular dipercayai ketika membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Menerusi rakaman video itu, Ahmad Faizal berkata, usaha yang dilakukan untuk mempertahankan tanah masyarakat Melayu dan agama Islam dilakukan berseorangan dengan bantuan rakan-rakan dalam UMNO.

"Macam saya kat Perak, saya seorang-seorang terkontang-kanting nak berlawan dengan puak-puak DAP. Saya nak pertahankan tanah orang Melayu, saya nak perjuangkan agama kita, saya buat itu pelan-pelan (perlahan-lahan) tapi alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ini.

"Tapi itulah sembang dengan kawan-kawan UMNO, nasib baik kau Peja. Orang kampung panggil saya Peja. Kalau kena kat orang lain, tak payah sebut namalah. Dia janji nak jadi Yang Amat Berhormat (Menteri Besar Perak)," katanya dalam rakaman video berdurasi 6:26 yang mula tular pagi ini.

Dalam rakaman itu juga, Ahmad Faizal turut mengakui membantu rakan-rakan dalam UMNO.

"Kawan-kawan UMNO saya kat sana baik dengan saya. Saya kat sana kalau orang itu waima orang itu totok saya pun dulu darah UMNO jadi saya tak kira siapa. (kalau) saya tak tolong orang itu, bangsa kita," katanya.

Menerusi rakaman video berkenaan beberapa lelaki dipercayai penduduk setempat mengakui kecewa dengan PH yang gagal menunaikan janji pada PRU14 lalu.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian kini sedang berusaha mendapatkan maklum balas pejabat Menteri Besar Perak berkaitan perkara ini.