'Saya tidak rampas mikrofon' - MB Johor

Suasana di Pasar Lambak South Malaya petang semalam ketika Sahruddin melakukan walkabout di lokasi kempen yang sama dengan Pemuda Barisan Nasional.
Suasana di Pasar Lambak South Malaya petang semalam ketika Sahruddin melakukan walkabout di lokasi kempen yang sama dengan Pemuda Barisan Nasional.
A
A
A

PONTIAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Johor, Datuk Dr Sahruddim Jamal menafikan dakwaan Pengarah Jentera Pilihan Raya negeri, Datuk Ir Hasni Mohamad bahawa beliau cuba merampas mikrofon daripada salah seorang pemimpin Pemuda UMNO sewaktu kempen di Pasar Lambak Ladang South Malaya semalam.

Menteri Besar Johor itu berkata, beliau hanya meminta mikrofon daripada Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin untuk memberi penjelasan kepada pengunjung pasar lambak di situ.

"Saya cuma minta izin untuk bagi penjelasan dan bukannya merampas mikrofon.

"Saya rasa biasa sahaja, muka saya pun biasa sahaja. Yang bengang mereka, bukannya saya. Saya tenang sahaja," katanya ketika ditemui di Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini hari ini.

Dr Sahruddin turut menasihatkan pembangkang mengkaji sebarang isu sebelum dibangkitkan pada masa sekarang kerana tidak elok membuat provokasi.

Semalam, Barisan Nasional(BN) Johor menerusi Ir Hasni mendakwa aktiviti kempen calon parti itu dikendalikan Pemuda UMNO di pusat daerah mengundi (PDM) di Pasar Lambak Ladang South Malaya diganggu Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Artikel Berkaitan: