[VIDEO] 'Bergurau pasal pecah rumah, tak boleh dibuat main bro'

Tangkap layar video yang memaparkan dua individu 'pecah rumah' dan hanya mengambil sebuah kereta mainan.
Tangkap layar video yang memaparkan dua individu 'pecah rumah' dan hanya mengambil sebuah kereta mainan.
A
A
A

SHAH ALAM - Video yang dihasilkan oleh Youtuber terkenal memaparkan aksi pecah rumah bertujuan hanya untuk bergurau mendapat pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

Video berdurasi 3 minit oleh Chazynash di Facebooknya memaparkan seorang wanita memasuki rumah tanpa menutup pagar selepas meletakkan kenderaan Toyota Alphard yang dipandunya di garaj kediaman itu.

Tiba-tiba, seorang lelaki menunggang motosikal dibonceng rakannya memberhentikan motosikal di hadapan pagar disyaki mahu melakukan jenayah.

Reaksi netizen yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Youtuber terkenal tersebut.
Reaksi netizen yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Youtuber terkenal tersebut.

Mereka kemudian masuk ke dalam pagar dan mengeluarkan sebuah kereta mainan. Salah seorang daripadanya menaiki kereta kecil itu dan meninggalkan kediaman berkenaan.

Chazynash melalui hantaran bersama video menulis, "Petang tadi punya kejadian.. isteri yang memandu, biasalah nak parkir tu memang ambil masa lama. Silap dia tak tutup pagar awal-awal. Haram jadah betul!"

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang kini meraih 2,700 tanda suka dan dikongsi 788 pengguna Facebook.

Artikel Berkaitan:

Reaksi netizen yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Youtuber terkenal tersebut.
Reaksi netizen yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Youtuber terkenal tersebut.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan Youtuber itu kerana kejadian berkenaan tidak boleh dijadikan gurauan malah ada yang mendakwa bertujuan menunjukkan kemewahan yang dimilikinya.

"Ya ALLAH, tak sangka pula tergamak buat video macam ini. Eloklah dah alang-alang tayang apa yang ada itu, semoga kamu dan keluarga baik-baik sahaja lah ye. Apalah nak jadi dengan masyarakat sekarang," luah Zack Zulkifli di Facebook.

Syazwan Sukiri menulis, "Jadi sungguh baru ada akal...lepas tu muat naik dengan media sosial, minta tolong carikan motor hilang. Buat kantoi lah orang boleh buat mcm-macam..boleh tahu dekat mana ada CCTV...buat video macam ini cari penyakit. Adeh, dah tiada idea nak buat video ke."

Bagaimanapun, ada juga netizen yang menyokong video itu untuk memberi pengajaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati.

"Bagus juga dia buat video macam ini, bagi juga peringatan dekat kita. Yang mana tunggu masuk dalam rumah dulu lepas itu update status 'Home Sweet Home' barulah nak tutup pagar. Langkah berjaga-jaga dan peringatan dah sedia maklum dalam video ini. Kita kenalah tutup pintu pagar awal. Sekian," kata Yusuf Iskandar di ruangan komen Chazynash.