Kebocoran radioaktif di Gudang Pos Aviation

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEPANG - Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA menerima maklumat berhubung kebocoran bahan radioaktif di terminal Pos Aviation Cargo berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor Zulfikar Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 10.42 pagi.

Menurutnya, anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) BBP SHAH ALAM dikejarkan ke lokasi.

“Menurut komander operasi, kejadian melibatkan kebocoran bahan radioaktif dari dalam kotak.

"Kebocoran berjaya dikawal dan akan diserahkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejadian dilaporkan mengakibatkan kakitangan premis itu mengosongkan bangunan dan menghentikan sementara operasinya.

Pos Aviation yang mengendalikan perkhidmatan logistik darat mengesahkan kejadian kebocoran radioaktif itu dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: