[VIDEO] Lagu Mengantuknya Mumia jadi bualan hangat netizen

Lagu yang mengisahkan mumia mengantuk mencari tempat tidur dari kartun siri animasi Didi & Friends menjangkau lebih tiga juta tontonan.
Lagu yang mengisahkan mumia mengantuk mencari tempat tidur dari kartun siri animasi Didi & Friends menjangkau lebih tiga juta tontonan.
A
A
A

LAGU Mengantuknya Mumia dari kartun siri animasi Didi & Friends menjangkau lebih tiga juta tontonan sekali gus menjadi fenomena luar biasa.

Menjadi bualan warganet, lagu ini menyuntik kelainan dalam kalangan remaja dan dewasa gara-gara liriknya yang mudah disebut, rentak lagu yang segar selain menampilkan karektor mumia yang disifatkan agak lucu bersama Didi & Friends.

Lagu itu dipercayai tular di Twitter setelah dimuat naik oleh pelayar @lilpotatoesssss dengan status 'Me at school' yang berdurasi 14 saat.

Tidak puas mendengar lagu itu warganet dilihat mencari di Youtube yang sehingga kini meraih 3.3 juta tontonan apabila dimuat naik pada 27 Oktober lalu.

Rata-rata netizen teruja dengan lagu ini dan mengakui ramai peminat animasi ini kini dalam golongan remaja dan bukan lagi hanya kanak-kanak.

Lagu Mengantuknya Mumia dipercayai tular di Twitter selepas dimuat naik pelayar @lilpotatoesssss dengan status 'Me at school' yang berdurasi 14 saat.
Lagu Mengantuknya Mumia dipercayai tular di Twitter selepas dimuat naik pelayar @lilpotatoesssss dengan status 'Me at school' yang berdurasi 14 saat.

"Aku yang 21 tahun minat pulak lagu ni. Lain beno rentaknya," tulis Ahmiudin.

Kata Fara Emilia, "Inilah satu satunya lagu budak yang sekali aku dengar terus jatuh cinta, in love gila do dengan suara mumia ni."

Artikel Berkaitan:

Pada posting sama, Norfatimah berkata, "Saya yang tak ada anak lagi pun terjebak dengan didi & friends ni hahaha. Ni semua anak sedara punya pasal."

Jelas Nurbal turut memuji lagu tersebut hebat hingga membuatkan dia menyanyi setiap hari.

"Tak berhenti henti saya dengar lagu ni dah banyak kali saya dengar lagu ni ia sangat hebat," katanya turut memuji karektor mumia yang sungguh comel.