Timbalan menteri perjelas isu caj tambahan Touch 'n Go

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penghapusan caj tambahan 10 peratus kad pembayaran elektronik Touch 'n Go di tempat letak kereta setakat ini tidak dapat dilaksanakan dengan kadar segera kerana ia masih tertakluk kepada kontrak yang dimeterai dengan syarikat berkenaan sebelum ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, ia sesuatu yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu dan sememangnya membebankan pengguna.

"Jadi sekarang, kita nak hapuskannya dan batalkan, namun tertakluk kepada kewajipan kontrak. Lepas habis kontrak, kita akan hapuskan secara berperingkat,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai perkara itu.

Menjawab soalan asal Ka Siong mengenai langkah kerajaan untuk mengekang monopoli penggunaan Touch 'n Go, Chieng Jen berkata, pemantauan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendapati caj tambahan 10 peratus itu hanya dikenakan di tempat yang mempunyai perkhidmatan pembayaran Touch 'n Go dan tunai. - Bernama

Artikel Berkaitan: