Sumbangan kepada PIBG bukan perkara luar biasa, kata Maszlee

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemberian sumbangan oleh menteri, timbalan menteri atau wakil rakyat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukanlah perkara luar biasa.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana mereka sentiasa menerima surat permohonan sumbangan daripada PIBG termasuklah ketika pilihan raya kecil (PRK).

Menurutnya, beliau juga banyak kali menerima surat permohonan sumbangan termasuk daripada PIBG.

“Memang permohonan PIBG bukan sahaja dari Tanjung Piai tapi daripada seluruh negara. Mereka nak buat acara, ada yang nak bertanding di luar negara anak muridnya, ada untuk penyelenggaraan, hari sukan dan lain-lain lagi.

“Jadi saya kira para menteri memang biasa banyak terima permohonan sebegitu. Jadi bila mereka ke mana-mana mereka akan memberikan sumbangan berdasarkan permintaan daripada PIBG.

“Saya kira ramai menteri dan timbalan menteri, ahli Parlimen pun biasa terima permohonan sebegitu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pendedahan sebuah akaun Facebook bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chio, Kukup Laut, Tanjung Piai.

Semalam, Salahuddin berkata, tiada undang-undang khusus di Malaysia menghadkan pemberian sumbangan oleh seorang menteri kepada sekolah pada waktu pilihan raya.

Artikel Berkaitan: