Kerajaan benar penanaman hem

Hem ialah spesies ganja. Gambar kiri: Dr Dzulkefly Ahmad
Hem ialah spesies ganja. Gambar kiri: Dr Dzulkefly Ahmad
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan membenarkan penanaman hem iaitu tumbuhan dari spesies ganja bagi tujuan penyelidikan industri namun kebenaran itu tertakluk mengikut Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang menunggu kertas cadangan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Ya. Kita sedang (beri izin). Menteri Kesihatan mempunyai kuasa untuk memberi izin kepada pegawai awam untuk bagi tujuan tersebut.

"Ini bergantung kepada dapatan kajian oleh kementerian terbabit mengikut garis panduan ditetapkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Perubatan Toksikologi Asia Pasifik di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian berhati-hati dalam perkara tersebut kerana bimbang disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita tahu ramai yang teruja tetapi kami tidak mahu jadi penghalang. Kita mahu memudah cara. Dalam Kabinet pun saya sudah membincangkan perkara ini," katanya.

Seksyen 6B (2) menjelaskan tiada apa-apa yang boleh menghalang menteri daripada memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menanam ganja dari candu mentah, daun koka, jerami atau ganja boleh diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung, di tempat dan atas terma dan syarat yang dinyatakan dalam kebenaran untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, eksperimen atau perubatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ramli Zainal berkata, penanaman hem hanya untuk pengeluaran serat sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Mereka akan mengkaji serat hem untuk kegunaan industri kosmetik dan makanan," katanya.

Menurutnya, KKM sudah menyediakan garis panduan tertentu untuk mengawal penanaman hem bagi tujuan itu.

"Hanya tujuan industri hem sahaja dibenarkan, bukan perubatan," katanya.

Semalam, pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli sekali lagi menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan tanaman ganja.

Pada 20 Mac lalu, Mohd Shaid menggamatkan Sidang DUN dengan usul cadangan itu bagi tujuan perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang pertimbang tanaman ganja

Tanam ganja undang lebih banyak kes dadah

NGO sambut baik cadangan tanam ganja