Presiden China suarakan kepercayaan terhadap pemimpin Hong Kong

Presiden China, Xi Jinping (kanan) bersama Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam ketika pertemuan di Shangai semalam.
Presiden China, Xi Jinping (kanan) bersama Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam ketika pertemuan di Shangai semalam.
A
A
A

SHANGHAI - Presiden China, Xi Jinping menyuarakan kepercayaan tinggi terhadap Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam ketika pertemuan kedua-duanya di Shanghai semalam.

Kepercayaan Jinping diikuti spekulasi Beijing sedang bersedia menyingkirkan Lam pada ketika pihak berkuasa berdepan cabaran membendung protes prodemokrasi yang melumpuhkan hab kewangan terbabit.

Menurut agensi berita Xinhua, Jinping berkata, Lam telah bekerja keras menstabilkan situasi di Hong Kong susulan siri protes ganas yang berlanjutan selama beberapa bulan.

"Jinping menyuarakan kepercayaan tinggi kerajaan pusat terhadap Lam dan mengiktiraf kerja keras beliau dan pasukan pentadbirannya," kata kenyataan sambil menambah tugas utama kini adalah menamatkan keganasan dan mengembalikan keamanan Hong Kong.

Jinping turut menyeru usaha efektif bagi memperbaiki kehidupan rakyat selain mengadakan dialog dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, seorang pakar politik China di Hong Kong, Willy Lam berkata, meskipun Beijing menyatakan sokongan terhadap Lam ia tidak bermakna mereka menyukainya atau memandang tinggi prestasinya.

Menurutnya, Lam yang dipilih jawatankuasa majoriti pro-Beijing pada tahun 2017 masih boleh dipecat dalam tempoh setahun atau ketika sesi perundangan tahunan Beijing pada bulan Mac.

Rakyat Hong Kong pula semakin gusar kebebasan yang dimiliki akan terhakis dan menuntut pelbagai permintaan antaranya siasatan terhadap kekejaman polis.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, keganasan di Hong Kong menyaksikan serangan bersenjata yang menyebabkan dua mangsa berada dalam keadaan kritikal selain perbuatan vandalisme di pejabat agensi berita Xinhua.- AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kritikal insiden tunjuk perasaan di Hong Kong