Sulfur tumpah dari treler sejauh 60 meter

Muatan sulfur terbabit terjatuh daripada sebuah treler di laluan menghala USJ 21 berhampiran One City, Subang Jaya hari ini.
Muatan sulfur terbabit terjatuh daripada sebuah treler di laluan menghala USJ 21 berhampiran One City, Subang Jaya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Muatan sulfur terjatuh daripada sebuah treler di laluan menghala ke USJ 21 berhampiran One City, Subang Jaya hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya menerima maklumat kejadian itu pada jam 12.24 tengah hari tadi.

"Seramai enam anggota dan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Sejurus tiba di lokasi kejadian, kami mendapati berlakunya tumpahan sulfur sepanjang 60 meter," katanya.

"Kerja-kerja pembersihan diserahkan kepada sebuah syarikat dan dipantau pasukan polis yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan: