X

Kindly register in order to view this article
!

Graduan perlu belajar penuhi kehendak industri

Mohd Cairul Iqbal (lima dari kanan) bersama wakil sekolah terlibat yang menerima sumbangan sudut bacaan.
A
A

NILAI - Graduan di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu bersedia mendengar dan belajar sepanjang masa untuk memenuhi kehendak industri selain mempunyai sijil akademik dan kemahiran komunikasi.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata, pihaknya pernah mendengar rungutan daripada pihak industri mengenai sikap segelintir graduan yang enggan belajar walaupun mempunyai kepakaran dan sijil dengan gred cemerlang.

"Dia (graduan) tidak bersedia untuk belajar sedangkan graduan harus kita keluarkan bukan sahaja mempunyai sijil, boleh bercakap dan boleh mendengar tetapi bersedia untuk belajar sepanjang zaman," katanya ketika berucap merasmikan [email protected] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Cairul Iqbal turut menegaskan, lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang tidak diisi terutamanya golongan muda sepertimana diumumkan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.

"Saya fikir mungkin bilangan graduan kita tak sampai 100,000, jadi ada enam kali ganda peluang pekerjaan di sana tetapi tidak diisi oleh graduan-graduan dan antara sebab perkara ini berlaku sama ada pertamanya, graduan memilih pekerjaan dan kedua, disebabkan universiti menawarkan ijazah masing-masing tetapi tidak diperlukan industri," katanya.

Terdahulu, penganjuran [email protected] merupakan salah satu langkah proaktif bagi memperkasa agenda Kebolehpasaran Graduan (GE) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Program tersebut menghimpunkan lebih daripada 70 buah syarikat tempatan luar negara dari pelbagai sektor bagi menyediakan platform untuk bakal graduan IPT mendapatkan pekerjaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!