Kolumnis terkenal saman Trump

E Jean Carroll
E Jean Carroll
A
A
A

NEW YORK - Seorang kolumnis terkenal majalah Elle di Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Presiden Donald Trump menodainya lebih dua dekad lalu memfailkan saman ke atas jutawan hartanah terbabit.

E Jean Carroll, 75, mengemukakan tuntutan itu di sebuah mahkamah di New York semalam selepas beliau mendakwa penafian dibuat Trump memberi kesan kepada karier dan reputasinya.

"Apabila saya ada keberanian untuk mendedahkan perkara itu, beliau menuduh saya berbohong untuk keuntungan peribadi malah turut menghina penampilan saya," katanya.

Awal tahun lalu, Carroll mendakwa Trump merogolnya di dalam sebuah bilik persalinan di gedung beli-belah, Bergdorf Goodman di Manhattan pada pertengahan 1990-an.

Jun lalu, Trump bagaimanapun menafikan beliau mengenali wanita itu menerusi wawancara bersama rangkaian berita politik, The Hill.

Carroll menjadi wanita ke-16 menuduh Trump melakukan salah laku seksual sebelum beliau menjadi Presiden. - AFP

Artikel Berkaitan: