Saya pernah hilang arah tuju

Pelakon, Johan As'ari
Pelakon, Johan As'ari
A
A
A

PELAKON terkenal, Johan As'ari mendedahkan dia pernah kehilangan arah tuju apabila kehilangan bonda tercintanya tiga tahun lalu.

Menurut Johan, ketika itu dia menjadi tidak keruan sehingga memaksanya terbang ke negara jauh demi mengisi kekosongan jiwa,

"Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya dan akhirnya aku pulang semula ke tanah air dalam keadaan yang tidak cukup bersedia," kata Johan di Instagram miliknya.

Rentetan itu, Johan juga mengakui dia gagal dalam menjiwai watak yang diamanahkan.

No Image Caption

"Aku tidak dapat menjiwai watak dengan berkesan, aku hilang logik di dalam penghayatan watak, aku digugurkan serta merta selepas bermula dua hari pengambaran,

"Aku perlu hadir uji bakat sebuah drama di stesen tv yang pernah mengangkat aku sejak bertahun-tahun lamanya malah pernah juga diri ini dimarah dan ditengking sutradara di depan khalayak kerana dianggap gagal berlakon.

"Namun, Dia sentiasa menjamin rezeki makhluk dan ternyata peluang untuk ku bangkit masih terbuka luas," luahnya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi perkongsian dimuat naik pelakon itu juga mengambil kesempatan berterima kasih kepada orang ramai dan sahabatnya yang selama ini tidak henti memberikan sokongan moral terhadapnya.

"Terima kasih sobat-sobat yang sentiasa memberikan sokongan mahupun mendoakan ku walau sekali.

"Bukan mudah untuk terus tabah apabila kehilangan orang yang teramat disayangi dan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dalam menjalani kehidupan di sini mahupun di sana kelak. Allahumma ameen," coret Johan.