Virus ASF tak membimbangkan: Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad - Foto Bernama
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Virus African Swine Fever (ASF) di Sarawak bukan di tahap membimbangkan dan masyarakat tidak perlu panik dengan penularan virus itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Tiada ada yang perlu ditakuti mengenai penyebaran virus ASF kerana ia adalah zoonotik dan tidak menular kepada manusia seperti yang kita semua sedia maklum," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah projek Klinik Kesihatan Bebuloh di Kg Bebuloh di sini hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) untuk menangani kemungkinan penyebaran virus itu dan ia di bawah kawalan.

Sarawak telah menguatkuasakan pengharaman sementara daging babi dan produk berasaskan daging babi yang diimport dari negara-negara yang terjejas oleh ASF termasuk China selepas mengesan virus itu dalam sampel makanan dalam tin yang diimport. - Bernama

Artikel Berkaitan: