UMNO bagaikan mengata diri sendiri, kata Mukhriz

Mukhriz
Mukhriz
A
A
A

ALOR SETAR - Pepatah 'hidup segan, mati tidak mahu' boleh dikaitkan dengan UMNO sendiri pada hari ini bukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, sebelum ini kepentingan orang Melayu tidak akan terjaga kerana mempunyai pemimpin yang menyonglap duit rakyat seperti kes SRC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekarang ini sedang dibicarakan di mahkamah.

"UMNO sendiri menghilangkan haknya untuk anggap mereka pembela orang Melayu apabila berpakat dengan Jho Low, menyamun duit rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sijil Hak Milik dan Lesen Pendudukan Sementara kepada penduduk, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan UMNO dan Pas berjanji tidak akan menjadi seperti Bersatu dalam Pakatan Harapan (PH) yang diibaratkan seperti 'hidup segan, mati tidak mahu' dalam menyuarakan kepentingan kaum Melayu.

Kata Mohamed Khaled lagi, Barisan Nasional (BN) memberi jaminan gabungan UMNO-Pas bakal menjadi jurucakap sebenar kaum Melayu bagi memperjuangkan kepentingan dan hak istimewa kaum itu berbanding parti Melayu dalam PH sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kelak.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, PH tidak akan mengambil mudah cabaran dari semua lawan pada PRK Tanjung Piai dan akan berusaha memenangkan calon mereka, Karmaine Sardini.

"Kita takkan ambil mudah PRK ini kerana hak untuk memilih wakil rakyat adalah pengundi-pengundi di situ. Jadi apapun keadaan baik ada kelebihan atau kekurangan kita akan berusaha gigih untuk yakinkan pengundi," katanya.

Artikel Berkaitan: