Gua Musang dilanda banjir kilat

Banjir kilat kali kedua pada bulan ini melibatkan kawasan bandar baru dan lama Gua Musang.
Banjir kilat kali kedua pada bulan ini melibatkan kawasan bandar baru dan lama Gua Musang.
A
A
A

GUA MUSANG - Hujan berlarutan lebih satu jam menyebabkan bandar baru dan bandar lama Gua Musang dilanda banjir kilat petang tadi.

Ini merupakan kejadian kedua pada bulan ini selepas banjir kilat melanda empat kampung termasuk Kampung Tanah Putih pada 1 November lalu.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu mulai surut menjelang jam 7 malam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, Mohd Yussalmi Yusoff berkata, kejadian petang tadi tidak menjejaskan kediaman penduduk berhampiran.

Katanya, keadaan laluan yang terlibat juga sudah kembali seperti biasa namun pihaknya bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.

"Hanya dua laluan utama terjejas sementara dalam kejadian petang tadi namun semuanya sudah kembali surut termasuk jambatan Kampung Kerinting.

"Namun hujan masih melanda beberapa kawasan dan kita bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan.

"Penduduk juga diminta berjaga-jaga dan peka dengan keadaan sekeliling sekiranya air naik," katanya.

Artikel Berkaitan: