WLSB anjur kejohanan boling kukuh kerjasama antara PBT, media

Sebahagian peserta bergambar pada Kejohanan Boling Tahunan WLSB di Sunway Bowl Megalane, Sunway Pyramid Shopping Mall kelmarin.
Sebahagian peserta bergambar pada Kejohanan Boling Tahunan WLSB di Sunway Bowl Megalane, Sunway Pyramid Shopping Mall kelmarin.
A
A
A

BANDAR SUNWAY - Kejohanan Boling Tahunan Worldwide Landfills (WLSB) mampu mengukuhkan jaringan kerjasama lebih erat antara penganjur dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan organisasi media.

Ketua Pegawai Operasi (Alam Sekitar) Worldwide Holdings Berhad, Zamri Abdul Rahman berkata, penganjuran kejohanan kali kesembilan pada tahun ini merupakan acara penting dalam kalendar tahunan WLSB.

“Kami ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada PBT kerana telah banyak membantu urusan kerja dan memberi sokongan kepada kami serta media yang membuat liputan bagi penganjuran program WLSB sepanjang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di Sunway Bowl Megalane, Sunway Pyramid Shopping Mall di sini kelmarin.

Zamri berkata, program itu juga merupakan satu platform bagi meningkatkan jaringan kerjasama dan perpaduan di samping dapat meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal.

“Program sosial menerusi acara sukan sebegini perlu dipupuk dan dibudayakan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Zamri berkata, kejohanan itu disertai 48 pasukan terdiri daripada PBT di seluruh Selangor dan agensi kerajaan yang terlibat dengan aktiviti pengurusan alam sekitar.

“Selain itu, pihak media juga turut diundang untuk menyertai kejohanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kejohanan ini amat dinantikan rakan PBT bagi merebut kejuaraan di samping dapat beramah mesra di antara pihak penganjur dengan PBT dan media,” katanya.

Sebahagian peserta bergambar bersama hadiah kemenangan masing-masing.
Sebahagian peserta bergambar bersama hadiah kemenangan masing-masing.

Katanya, kejohanan boling itu turut menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang.

Dalam pada itu, Mohd Iskandar daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPK) menang kategori balingan individu lelaki tertinggi apabila memperoleh 559 jatuhan pin.

Bagi kategori balingan individu wanita pula dimenangi Nur Hidayah Amer dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dengan 563 jatuhan pin.

WLSB merupakan anak syarikat Worldwide Holdings Berhad, syarikat konglomerat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).