Terkejut lembu peliharaan berlumuran darah

Lembu milik Anto ditemui berlumuran darah tanpa diketahui punca.
Lembu milik Anto ditemui berlumuran darah tanpa diketahui punca.
A
A
A

GUA MUSANG - Seekor lembu ditemukan dalam keadaan lemah dan berlumuran darah di bahagian kanan kepala serta patah sebelah tanduk.

Pemiliknya, Anto Alam, 60, berkata, kejadian yang berlaku petang kelmarin itu amat mengejutkannya apabila seekor daripada 40 ekor lembu peliharaannya bermandi darah.

Menurutnya, haiwan berkenaan ditambat di dalam ladang sawit miliknya di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil.

"Saya tidak tahu bila kejadian itu namun mula menyedarinya selepas solat Asar apabila saya turun ke ladang.

"Saya cuba memeriksa lembu itu namun tiada tanda-tanda ia bergaduh dan mencari tanduk yang patah tapi tidak jumpa.

"Sepanjang saya menternak lembu, tidak pernah berlaku kejadian sebegini. Sehingga kini darah di kepalanya masih mengalir," katanya.

Artikel Berkaitan: