Jangan tumpangkan akaun bank kita

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menasihatkan orang ramai agar tidak sekali-kali menumpangkan akaun bank untuk membantu kenalan dan orang lain kerana dikhuatiri boleh menyebabkan akaun dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan lebih 50 peratus kes keldai akaun melibatkan pelajar, khususnya penuntut institusi pengajian tinggi apabila akaun mereka digunakan pihak ketiga bagi transaksi jenayah siber.

"Kebanyakan mangsa tidak menyedari akaun mereka dimanipulasi untuk pemindahan wang jenayah bagi sindiket penipuan komersial.

"Persepsi sekadar menumpang akaun ini sebenarnya hanya akan menjerat pemilik akaun itu sendiri. Apabila ditahan, mereka sendiri yang akan didakwa walaupun bukan mereka yang lakukan jenayah," katanya.

Dianggarkan kerugian yang dilaporkan akibat jenayah siber mencecah RM309.67 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: