Rentak cemerlang United terhenti

Solskjaer (kanan) akui anak buahnya gagal melakukan permulaan terbaik setelah tumpas 0-1 kepada Bournemouth di Stadium Vitality semalam.
Solskjaer (kanan) akui anak buahnya gagal melakukan permulaan terbaik setelah tumpas 0-1 kepada Bournemouth di Stadium Vitality semalam.
A
A
A

MANCHESTER United gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas kepada Bournemouth pada aksi kesebelas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

The Red Devils yang turun ke gelanggang lawan dengan misi untuk melebarkan kemenangan mereka bagaimanapun akur dengan kekalahan 0-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Vitality itu.

Pada pertemuan tersebut, United berjaya mencipta 15 percubaan dengan empat daripadanya tepat ke gawang gol lawan, bagaimanapun The Cherries nyata lebih efisien apabila satu daripada enam percubaan tepatnya berjaya menewaskan David de Gea untuk gol kemenangan yang disempurnakan Joshua King.

Pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan kegagalan itu adalah satu keputusan yang terkebelakang setelah mereka berada pada motivasi terbaik dengan melakarkan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini.

"Ia sangat memberi kesan kepada kami kerana ketika prestasi pasukan berada di tahap terbaik, kami sememangnya berharap dapat memenangi tiga mata tetapi sebaliknya berlaku. Ini adalah langkah kebelakang buat pasukan, tetapi kami perlu bangkit dan terus berjuang.

"Kami gagal memaksimumkan permulaan yang baik dan magis untuk memenangi perlawanan ini. Kadang-kadang anda perlu mengangkat tangan anda dan berkata, 'Kerja yang baik'," katanya.

Kekalahan itu menyaksikan United jatuh ke tangga ke-10 dalam carta kedudukan EPL dengan hanya mengumpulkan 13 mata sekali gus mencatatkan keputusan terburuk mereka selepas mengharungi 11 perlawanan liga dalam masa 32 tahun.

Artikel Berkaitan: