Kedah cuti esok jika menang Piala Malaysia

Mukhriz
Mukhriz
A
A
A

ESOK diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am di Kedah sekiranya pasukan bola sepak negeri itu menjuarai Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, malam ini.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu kenyataan media hari ini.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri membuat keputusan itu sebagai penghormatan kepada pasukan Lang Merah yang mengharumkan nama Kedah sehingga berjaya menjulang piala berprestij itu.

“Ia juga bagi menghargai kesetiaan dan sokongan padu rakyat kepada pasukan bola sepak negeri ini,” katanya.

Menurut Mukhriz yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), pengisytiharan ini diperuntukkan bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am.

Kedah akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, yang pernah mengecewakan Kedah pada final Piala Malaysia 2017 dengan kekalahan 0-2.

Kedah yang sebelum ini menjulang Piala FA tahun ini melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2019 menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas mencatat keputusan agregat 8-8 menewaskan Pahang pada peringkat separuh akhir.

Artikel Berkaitan: