Mata bengkak tak halang Najib berkempen

Najib tetap bersemangat memberi sokongan kepada calon MCA walaupun keadaan matanya bengkak. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Najib tetap bersemangat memberi sokongan kepada calon MCA walaupun keadaan matanya bengkak. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - Keadaan mata bengkak tidak menjadi halangan kepada Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir memberi sokongan kepada calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mewakili BN yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Tanpa menghiraukan keadaan kesihatannya, Najib yang mula tiba di luar pekarangan pusat penamaan calon PRK Tanjung Piai bersama pemimpin BN lain sempat memberi kata-kata perangsang kepada lebih 500 penyokong calon yang berhimpun.

Najib berkata, beliau yang sebelum ini mengalami sakit mata sudah hampir pulih tetapi kelihatan masih sedikit merah.

"Mata saya bengkak sikit, cuti sakit saya cuma satu hari saja.

“Tetapi saya dah makan ubat, sudah makin pulih,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib bersyukur perjalanan proses penamaan calon PRK Tanjung Piai hari ini berlangsung dengan tenang dan lancar.

Artikel Berkaitan: