Palestin berjaya halang Zionis rampas tanah di Salfit

Sebuah jentolak Israel meratakan tanah di wilayah Salfit di Tebing Barat.
Sebuah jentolak Israel meratakan tanah di wilayah Salfit di Tebing Barat.
A
A
A

RAMALLAH - Biro Perundangan Palestin berjaya menggagalkan cubaan Israel merampas beberapa bidang tanah di wilayah Salfit di Tebing Barat.

Rejim Zionis sejak sekian lama menyasarkan kawasan di Khelat Hassan sebuah pekan kecil di Biddya bagi tujuan memperluas penempatan haram Yahudi.

Ketua Jawatankuasa Penentangan Tembok Pemisah dan Hak Palestin, Waleed Assaf berkata, pihaknya menyelamatkan tanah seluas 14.16 hektar daripada jatuh ke tangan Israel menerusi saluran undang-undang yang dilihat mustahil memihak kepada mereka.

Difahamkan, terdapat lebih 25 penempatan haram dan pos pemeriksaan di Salfit dan pihak berkuasa Israel sentiasa memikirkan jalan untuk memperluas jajahannya di kawasan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: