Tabung Wira Merah kumpul RM393,802

Enam anggota bomba terkorban ketika operasi SAR di Lombong Taman Putra Perdana Puchong, Selangor pada 3 Oktober lepas.
Enam anggota bomba terkorban ketika operasi SAR di Lombong Taman Putra Perdana Puchong, Selangor pada 3 Oktober lepas.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tabung Wira Merah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk enam anggota bomba yang terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lombong Taman Putra Perdana Puchong, Selangor pada 3 Oktober lepas berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM393,802.

Tabung Wira Merah JBPM itu dilancarkan pada 9 Oktober hingga 31 Disember 2018.

“JBPM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang banyak menghulurkan sumbangan,” kata JBPM dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Oktober lepas, enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) lemas ketika operasi mencari seorang remaja lemas di lombong Taman Putra Perdana Puchong.

Mereka ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. - Bernama

Artikel Berkaitan: