Dua lelaki ditahan bersama 556kg ketum

Dua lelaki yang ditahan bersama ketum berkenaan.
Dua lelaki yang ditahan bersama ketum berkenaan.
A
A
A

PADANG BESAR - Hanya dalam tempoh dua jam menjalankan Ops Wawasan Kedah/Perlis di ladang pokok jati Padang Besar pihak berkuasa berjaya menahan dua lelaki kerana cuba menyeludup 556 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM114,900 hari ini.

Komander Briged Utara PGA Hulu Kinta Perak, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Muhammad Ji berkata, lelaki berusia 24 dan 37 tahun itu ditahan Pasukan Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika menaiki Mitsubishi Pajero pada jam 1.52 tengah hari tadi.

Katanya, ketika pemeriksaan pihak polis telah menemui 20 guni daun ketum bernilai yang disumbat di dalam kenderaan itu.

"Kedua-duanya dikesan cuba menyeludup daun ketum itu ke Thailand menerusi pagar sempadan di Padang Besar.

"Pemeriksaan air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah dan kesemua barangan itu dirampas dan mereka dibawa ke balai polis Padang Besar untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambah Abdul Ghani kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Kereta yang dipenuhi guni berisi ketum.
Kereta yang dipenuhi guni berisi ketum.

Artikel Berkaitan: