Projek RoVR atasi masalah bekalan petrol di Sabah, Sarawak

Saifuddin Nasution (kanan) - Foto Bernama
Saifuddin Nasution (kanan) - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkenalkan perkhidmatan RoVR (perkhidmatan mengisi minyak mudah alih) sebagai langkah segera mengatasi masalah bekalan petrol di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, untuk projek perintis, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat minyak tempatan dengan menggerakkan lima lori 'RoVR' ke kawasan yang berkenaan melalui kuota 'Community Drumming'.

“Syarikat ini tampil dengan idea 'RoVR' iaitu menghantar bekalan minyak dengan menggunakan lori yang mudah diparkir di kawasan-kawasan yang kami benarkan. Kenderaan ini lebih fleksibel sekali gus masalah kekurangan minyak di kawasan pedalaman dapat diatasi.

"Mereka diberi kelulusan untuk menjalankan projek perintis itu dan selepas selesai nanti syarikat ini akan kembali kepada kementerian untuk membentangkan dapatan kawasan yang berpotensi (untuk dibantu)," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, projek ‘Community Drumming’ berupaya menstabilkan harga bekalan barang bersubsidi bagi penduduk di pedalaman mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui penampungan kos pengangkutan oleh kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: