Malaysia akan kemuka tuntutan ke atas aset 1MDB: Dr Mahathir

Dr Mahathir berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bin Chong, hari ini. -Foto Bernama
Dr Mahathir berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bin Chong, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Malaysia akan membuat tuntutan ke atas aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat berikutan pencapaian penyelesaian oleh Jabatan Keadilan (DoJ) negara itu yang melibatkan pengambilan semula aset 1MDB.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebahagian daripada wang 1MDB telah digunakan oleh Jho Low untuk membeli aset di Amerika Syarikat, yang dianggarkan bernilai AS$600 juta.

"Dia (Jho Low) telah menyerahkan... tidak mencabar DOJ. Oleh itu, DoJ kini memegang dan membekukan aset yang dibeli dengan wang Malaysia.

"Kita ada bukti dia (Jho Low) menggunakan wang Malaysia untuk membeli aset itu dan sekarang kita akan membuat tuntutan (ke atas aset IMDB) kepada kerajaan Amerika," katanya kepada pemberita selepas lawatan rasmi ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, DoJ memaklumkan telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$700 juta yang diperoleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Menurut DoJ, aset itu terletak masing-masing di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.

ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Amerika capai penyelesaian

Semasa ditanya sama ada perdana menteri bertanggungjawab membuat keputusan berhubung penjualan aset strategik kerajaan, beliau berkata: "Saya pengerusi Khazanah Nasional, jadi saya terlibat."

Artikel Berkaitan:

"Kita terpaksa menjual aset kerana kerajaan sebelum ini telah menghilangkan sejumlah besar wang yang perlu kita bayar," katanya dan menjelaskan bahawa dengan berbuat demikian, kerajaan menggunakan wang itu untuk membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan sebelumnya.

Dr Mahathir berkata bagaimanapun aset strategik itu dijual melalui saluran yang betul, yang melalui proses tender dan pada harga yang baik ditawarkan oleh pembida. - Bernama