Saya pakai kereta Proton Inspira 'second-hand', kata Syed Saddiq

Paparan Twitter Syed Saddiq.
Paparan Twitter Syed Saddiq.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui menggunakan sebuah kereta terpakai jenis Proton Inspira ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan dari netizen berhubung penggunaan kereta mewah yang sinonim dalam kalangan ahli politik.

Menerusi perkongsian di Twitter rasminya, Syed Saddiq berkata, beliau bangga menggunakan kereta terpakai dan menidakkan semua ahli politik gila wang serta kuasa.

"Tidak semua ahli politik gilakan kuasa dan wang. Saya masuk politik untuk bersihkan politik.Tanggungjawab besar yang diberikan oleh rakyat supaya saya jadi #yangBerkhidmat," katanya.

Dalam pada itu, status beliau pantas menarik perhatian netizen yang mengagumi sikap kesederhanaan yang ditonjolkan dalam dunia politik.

Sehingga kini, 15,000 tanda suka dan 8,700 ulang kicau statusnya hingga tular di media sosial.

Kata @VishnuYash4: "Jika benar bagai dikata... Lindungi dulu agama kamu dari anasir harbi... Bukan hanya bicara manis melepas suara," katanya.

"Saya doakan anda istiqamah. Kuatkan pendirian," kata @arip_leman pula.

Artikel Berkaitan:

Pada hantaran yang sama, "Masuk politik untuk bersihkan politik". Ya, sila buat sedemikian YB, kami meletakkan kepercayaan kepada YB," kata @haikalhzlm.