Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kapalnya tak sampai-sampai', Syed Saddiq persoal siasatan kes LCS

A
A
A

BERITA SEMASA 6 JUN 2023

Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan persoalan berhubung siasatan kapal tempur pesisir (LCS) yang tiada sebarang perkembangan terbaru selain kos keseluruhan projek berkenaan meningkat kepada RM11.2 bilion.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, isu tersebut perlu diperjelaskan kepada rakyat kerana ia melibatkan soal cukai mereka yang telah dibelanjakan bagi tujuan keselamatan negara.

Katanya, duit cukai rakyat telah dibelanjakan berbilion, namun kapal yang sepatunya enam kini berkurang kepada lima.

Syed Saddiq menambah, kapal itu sepatutnya telah pun diterima berdasarkan perancangan asal, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tambahnya, beliau menggesa supaya SPRM memberi respons mengenai hal berkenaan.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pihak berkuasa tidak gentar dan menonjolkan sikap berani kerana benar apatah lagi isu yang berlaku melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/262048/berita/politik/kapalnya-tak-sampai-sampai-syed-saddiq-persoal-siasatan-kes-lcs

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian