Dadah: Dua wanita dihukum mati

Kedua-dua tertuduh dilihat menitiskan air mata selepas hukuman gantung sampai mati dijatuhkan tadi.
Kedua-dua tertuduh dilihat menitiskan air mata selepas hukuman gantung sampai mati dijatuhkan tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin dan monaacetylmorphines seberat 294.9 gram tiga tahun lalu.

Hukuman itu dibuat Hakim, Datuk Akhtar Tahir di Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi ke atas Zawani Zulkifli, 33, dan Nur Zahirah Yusoff, 32.

Kedua-dua tertuduh dilihat menitiskan air mata sebaik hukuman itu dijatuhkan ke atas mereka.

Akhtar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kedua-dua wanita tersebut.

Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang menunjukkan kedua-dua tertuduh secara sukarela membantu dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah.

Menurutnya, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah selain mahkamah turut mengambil kira jenis dadah iaitu heroin dan morfin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua rakan itu didakwa bersama-sama mengedar 212.7 gram heroin dan 82.2 gram monaacetylmorphines di sebuah kediaman di Park View Tower, Jalan Harbour Place Off Jalan Assumption, Seberang Perai Utara.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 4.45 petang, 18 Disember 2016 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan oleh Yasinnisa Begam Seeni Mohideen manakala Zawani diwakili peguam, V Parthipan dan Nur Zahirah diwakili peguam, Simon Murali.