X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja buta diangkat menjadi bilal Masjid Negeri Selangor

Mohammad Syafiizwan kini menjadi bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto: Selangorkini
A
A

SHAH ALAM - Seorang orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan sejak lahir tidak menyangka akan dilantik menjadi bilal bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pertama kali dalam sejarah buat masjid tersebut.

Mohammad Syafiizwan Mohd Suhaini, 19, yang berasal dari Kampung Bukit Kerayong Klang itu dilantik pada 1 Ogos lalu selepas berjaya melalui pemilihan Akademi Muazzin.

Menurutnya, dia tidak menyangka dan tidak pernah terdetik untuk menjawat jawatan sebagai seorang bilal ekoran tugas beratnya adalah mewakili masjid utama di Selangor.

"Ini semua rezeki daripada ALLAH dan menganggap pelantikan saya ini sebagai kejayaan serta penaik semangat buat golongan yang senasib dengan saya di mana insan istimewa seperti kita boleh berjaya

"Sekiranya kita bersemangat dan mahu keluar dari kepompong sedia ada sudah tentu ALLAH bersedia untuk menunjukkan jalan-Nya.

“Kejayaan ini juga sudah tentunya atas sokongan keluarga terutamanya ayah saya yang sejak awal menemani ketika menyertai Akademi Muazzin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu Siak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Halim Mashor berkata, kehadiran insan istimewa itu menjadi buah mulut petugas-petugas dan imam sejak beliau menyertai Akademi Muazzin Ogos lalu.

"Imam ada kata dengan dengan saya lelaki itu tidak seperti kita namun tidak mahu bercerita lebih lanjut kepada saya dan meminta saya supaya pergi melihatnya sendiri. Setelah melihat di depan mata serta berpeluang melihat bakat yang ada padanya, betapa dirasakan ALLAH itu Maha Berkuasa.

“Beliau tidak nampak sama seperti manusia normal tetapi cukup hebat bertaranum, qasidah dan sebagainya. Insan sebegini kita patut sanjungi kerana dia juga berupaya mengubah nasib individu yang senasib dengannya satu hari nanti,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!