'Nampak seperti tulisan cetak rupanya tulisan tangan'

Tulisan tangan Anwar begitu kemas dan mendapat pujian ramai.
Tulisan tangan Anwar begitu kemas dan mendapat pujian ramai.
A
A
A

BANGI - Perubahan ketara dunia digital pada masa kini menyaksikan pen atau pensel jarang digunakan untuk menulis sesuatu kerana masyarakat kini lebih gemar mencetak untuk mendapat hasil tulisan yang cantik.

Perkara tersebut sekaligus menjadikan kebanyakan individu sukar menghasilkan tulisan tangan yang kelihatan kemas dan cantik.

Namun kekemasan tulisan tangan oleh seorang jemaah di Masjid Bandar Seri Putra seolah-olah tulisan tersebut dicetak menggunakan mesin pencetak mengagumkan sehingga tular di media sosial.

Antara koleksi tulisan tangan Anwar yang dikagumi oleh netizen dan pengunjung yang hadir ke masjid tersebut.
Antara koleksi tulisan tangan Anwar yang dikagumi oleh netizen dan pengunjung yang hadir ke masjid tersebut.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Ummi Nurul di Facebooknya membuatkan netizen tidak percaya dengan kenyataan bahawa ianya ditulis dengan menggunakan tulisan tangan.

Tulisan firman ALLAH, hadis-hadis Rasulullah dan dan kata-kata pedoman yang sering dibaca pengunjung setiap kali hadir di masjid tersebut sentiasa menimbulkan perasaan ingin tahu mengenai pemilik tulisan berkenaan.

Antara koleksi tulisan tangan Anwar yang dikagumi oleh netizen dan pengunjung yang hadir ke masjid tersebut.
Antara koleksi tulisan tangan Anwar yang dikagumi oleh netizen dan pengunjung yang hadir ke masjid tersebut.

Akhirnya pemilik tulisan kemas berkenaan diketahui umum menerusi perkongsian dimuat naik Info Penduduk Bandar Seri Putra di Facebook.

Artikel Berkaitan:

"Memperkenalkan Haji Anwar mantan Setiausaha Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, yang telah berusaha menulis firman, hadis dan kata kata pedoman untuk amalan harian bagi mencapai kesempurnaan kehidupan dunia dan akhirat,".

Perkongsian tersebut menjawab persoalan netizen dan rata-rata mereka ingin Anwar memperbanyakkan lagi menulis.

Nora Ahmad menulis " Ya ALLAH, tuan haji..cantiknya tulisan, ini merupakan bakat yang jarang kita nak tengok kerana kesempurnaan tulisannya seperti dicetak pula. Teruskan menulis tuan haji kerana ramai yang berminat untuk melihat tulisan tuan haji.

"Subhanallah, sempurna sungguh tulisan tuan, saya tergamam sekejap melihat tulisan ini kerana tidak percaya ianya ditulis dengan tangan. Saya berharap sangat agar Tuan memperbanyakkan lagi tulisan seperti ini," kata Muhammad Qayum di Facebook.

Antara reaksi netizen terhadap tulisan Anwar yang kini tular di media sosial.
Antara reaksi netizen terhadap tulisan Anwar yang kini tular di media sosial.