Maut elak kucing di tengah jalan

Keadaan kereta Proton Satria Neo yang remuk selepas merempuh pokok di Jalan Tanah Merah semalam. (Keadaan kereta Proton Satria Neo yang remuk selepas merempuh pokok di Jalan Tanah Merah semalam.)
Keadaan kereta Proton Satria Neo yang remuk selepas merempuh pokok di Jalan Tanah Merah semalam. (Keadaan kereta Proton Satria Neo yang remuk selepas merempuh pokok di Jalan Tanah Merah semalam.)
A
A
A

JITRA - Dua lelaki maut selepas kereta Proton Satria Neo yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, Mohamad Irfan Rosli dan Muhammad Aswad Mokhtar masing-masing berusi 23 tahun dalam perjalanan dari arah Pekan Jitra menghala ke Kepala Batas.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Mohamad Irfan dipercayai cuba mengelak seekor kucing yang berada di tengah jalan sebelum kereta berkenaan hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta berkenaan remuk di sebelah kanan dan kedua-dua meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua sahabat itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: