Nelayan patuh amaran

Ombak kuat dan angin kencang menyukarkan nelayan untuk mencari rezeki.
Ombak kuat dan angin kencang menyukarkan nelayan untuk mencari rezeki.
A
A
A

DUNGUN - Keadaan laut bergelora diiringi ombak besar dan deruan angin kuat seolah-olah memberi amaran kepada nelayan di daerah ini supaya tidak sesekali meredah lautan untuk mencari rezeki buat sementara waktu.

Walaupun kebanyakan mereka sudah biasa dibadai khususnya pada musim tengkujuh, namun situasi semasa ketika ini menyebabkan golongan tersebut gerun untuk ke laut.

Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Dungun, Alauddin Ali berkata, buat masa sekarang, air pasang tidak terlalu besar tetapi ia boleh meragut nyawa.

"Keadaan sekarang lebih berbahaya dan kalau nelayan keluar mencari rezeki, pelbagai perkara tidak terduga akan berlaku.

"Nak kata sekarang air pasang besar, tidaklah besar mana tetapi mungkin juga cuaca buruk disebabkan ribut Tropika Pabuk," katanya kepada Sinar Harian.

Alauddin Ali
Alauddin Ali



Beliau juga tidak menolak kemungkinan nelayan mungkin akan berehat panjang memandangkan keadaan cuaca yang agak luar biasa.

"Kalau cuaca sudah baik, minggu depan boleh ke laut tetapi biasalah musim tengkujuh agak sukar.

"Kita tidak dapat nak agak keadaan cuaca sekarang kerana angin yang melanda bukan angin timur laut.

Artikel Berkaitan:

"Kita bimbang cuaca makin buruk apabila diikuti angin monsun timur laut membuatkan nelayan terpaksa berehat lebih lama," katanya.

Jelasnya, dijangkakan fenomena air pasang akan melanda perairan di daerah ini pada minggu hadapan.

"Air pasang besar berlaku sekiranya hujan lebat disusuli paras air sungai mencapai 3 meter," katanya.