Polis Selangor lupus dadah bernilai RM7.3 bilion

Noor Azam (dua kiri) menunjukkan antara dadah yang akan dilupuskan.
Noor Azam (dua kiri) menunjukkan antara dadah yang akan dilupuskan.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Polis Selangor harini melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 143,240 Kilogram melibatkan rampasan bernilai RM7.3 billion dari tahun 2003 hingga 2017.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, barang kes ini membabitkan rampasan di tiga daerah iaitu Gombak, Klang Utara dan Kajang.

"Ianya terdiri daripada pelbagai dadah seperti ketamine, methamphetamine, heroin, cocaine, eramin 5 serta bahan kimia seperti ephiderin.

"Barang kes yang dilupuskan ini hanya barang kes yang telah selesai perbicaraan di mahkamah dan menerima arahan untuk dilupuskan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan selain mematuhi standrad alam sekitar," katanya dalam sidang akhbar di Sendayan, Nilai disini hari ini.

Antara dadah yang akan dilupuskan.
Antara dadah yang akan dilupuskan.

Terdahulu dalam ucapannya, Noor Azam berkata, Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) Selangor berjaya menangkap seramai 16, 318 yang terlibat dalam gejala dadah sejak Januari lalu hingga September tahun ini.

"Daripada jumlah itu 670 merupakan pengedar dadah yang disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman sampai mati atau penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.

"Selain daripada itu bagi tempoh 2018 dan 2019 kita juga berjaya menumpaskan sebanyak 10 kes melibatkan makmal dadah haram di Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kejayaan ini merupakan hasil maklumat orang awam dan risikan juga soal siasat yang dijalankan malahan polis Selangor akan terus menggempur aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, menurut Pengarah urusan Kualiti Alam Sdn Bhd, Dr Johari Jalil, barang kes ini akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam di sini menggunakan teknologi sisa kepada tenaga yang pertama seumpamanya di negara ini.

"Dadah-dadah ini akan dibakar pada suhu 1000 ke 1200 darjah celsius sebelum ditempatkan di tapak pelupusan akhir atau menepati Semua syarat perlesenan Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya.