Pendakwa raya perlu buat rayuan kes basikal lajak

Laporan Sinar Harian. Gambar kanan: Saiful Ambar Abdullah Ambar
Laporan Sinar Harian. Gambar kanan: Saiful Ambar Abdullah Ambar
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwa raya perlu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan Sam Ke Ting daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu.

Peguam, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, rayuan tersebut perlu dibuat bagi membolehkan mahkamah yang lebih tinggi menilai dan memutuskan secara jelas dalam memberikan dapatan yang lebih kukuh terhadap kes tersebut.

"Keputusan yang dibuat mahkamah yang lebih tinggi ini nanti akan membolehkan segala isu yang sengaja ditimbulkan tidak lagi dijadikan polemik oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, pada kebiasaannya pihak pendakwaan akan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan kes tersebut.

"Bagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada budi bicara pendakwa raya dalam memberikan arahan kepada pihak pendakwaan sama ada mereka ingin teruskan rayuan atau tidak.

"Bagi pihak keluarga mangsa pula mereka boleh mengemukakan permintaan dan rayuan mereka kepada pendakwa raya," katanya.

Kelmarin, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan Ke Ting, 24, daripada tuduhan tersebut kerana wanita itu didapati tidak memotong kenderaan lain, tidak melawan arus dan tidak berlumba pada ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual langgar 8 remaja berbasikal lajak dibebaskan

Artikel Berkaitan: