Bekas PM Pakistan kritikal

Nawaz Sharif - Foto AFP
Nawaz Sharif - Foto AFP
A
A
A

ISLAMABAD - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung hari ini.

Sharif kini dirawat di sebuah hospital di bandar Lahore dan kejadian itu berlaku beberapa hari selepas beliau menjalani hukuman penjara kerana rasuah.

"Bekas PM #NawazSharif kritikal dan sedang bertarung nyawa," tulis doktor peribadinya Adnan Khan menerusi tweetnya di Twitter hari ini.

Selain serangan jantung minor, bacaan platelet darah Sharif juga rendah dan kedua-dua buah pinggangnya juga tidak berfungsi dengan baik.

Sharif, 60, yang juga dikenali sebagai Singa Punjab dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas platelet darahnya turut ke tahap bahaya.

Mahkamah Agung membatalkan kelayakan Sharif dalam dunia politik susulan tuduhan rasuah pada tahun 2017 yang membawa kepada hukuman penjara selama tujuh tahun. - AFP

Artikel Berkaitan: