Pelajar IPTA maut, motosikal dirempuh ambulans

Pelajar perempuan maut dirempuh sebuah ambulans di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Permatang Pauh petang tadi.
Pelajar perempuan maut dirempuh sebuah ambulans di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Permatang Pauh petang tadi.
A
A
A

KANGAR - Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Permatang Pauh petang tadi.

Ketua Polis Kangar Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira jam jam 2.15 pemandu ambulans yang berusia 27 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan sakit di bahagian dada.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pelajar berkenaan ingin membelok ke kanan namun dirempuh ambulans yang datang dari belakang.

"Pemandu ambulans tidak sempat mengelak dan melanggar sebelah tepi kanan motosikal itu.

"Pelanggaran itu menyebabkan pelajar berkenaan diseret kira-kira 15 meter manakala ambulans berkenaan terbabas ke dalam parit di sebelah kanan," katanya.

Wari berkata, motosikal yang ditunggang oleh pelajar berkenaan mengalami kerosakan teruk manakala ambulans berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan iaitu pecah lampu hadapan kanan dan pecah cermin hadapan.

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: