Bale pilih golf selepas bersara

Bale
Bale
A
A
A

PEMAIN Real Madrid, Gareth Bale memilih untuk menjadikan golf sebagai karier selepas bersara daripada arena bola sepak.

Menurutnya, sukan golf merupakan antara hobi yang diminatinya dan merasakan ia aktiviti paling sesuai buat dirinya selepas menggantung but.

"Saya akan terus bermain golf. Buat masa sekarang saya belum mahu bersara tetapi anda perlu memikirkan kemungkinan selepas itu.

"Saya tidak mahu hanya duduk di sofa selepas bersara nanti dan mungkin golf bakal menjadi karier saya selepas ini," katanya.

Pemain kelahiran Wales itu bagaimanapun masih komited mahu bermain bola sepak dan percaya masih boleh beraksi dengan baik walaupun sudah berusia 30 tahun.

Malah, dia bersedia untuk menerima tawaran daripada pasukan lain pada jendela perpindahan akan datang.

"Bola sepak masih karier utama saya ketika ini dan saya perlu terus bermain untuk Real. Tetapi selepas tamat kontrak, saya rasa baik saya meninggalkan pasukan ini," katanya.

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Bale hampir meninggalkan Real dan menyertai kelab Liga China namun ia tidak menjadi kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Bale telah membuat penampilan sebanyak tujuh kali buat Real musim ini dalam semua kejohanan dan telah menjaringkan dua gol dan dua bantuan gol.