Tiada pengumuman calon, BN lancar jentera PRK Tanjung Piai

Majlis Pelancaran Jentera BN di Pontian hari ini.
Majlis Pelancaran Jentera BN di Pontian hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November depan apabila sekadar mengadakan Majlis Pelancaran Jentera BN di Pontian hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad untuk mengumumkannya pada masa yang sesuai.

"Saya umumkan calon BN bahawa kami memberikan kuasa kepada Datuk Hasni untuk mengumumkannya dalam waktu yang paling sesuai.

"Saya lancarkan secara rasmi Jentera Pilihan Raya BN Tanjung Piai," katanya.

Majlis pelancaran berkenaan turut menyaksikan penyerahan risalah kepada 27 pusat daerah mengundi (PDM) di Tanjung Piai.

Sementara itu Ahmad Zahid mahu semua jentera parti komponen memberi sokongan kepada calon BN pada PRK berkenaan dan tiada sabotaj pada PRK kali ini.

"Saya tidak mahu UMNO, MCA, MIC melakukan sabotaj. Kita juga yakin Pas akan memenangkan jentera BN," katanya.

Artikel Berkaitan: