Lelaki ditahan miliki 1,800 biji pil yaba

Hasanuddin (kanan) menunjukkan rampasan pil yaba di Kampung Batu Melintang pada sidang media di IPD Jeli hari ini. - Foto Shahuri Awang
Hasanuddin (kanan) menunjukkan rampasan pil yaba di Kampung Batu Melintang pada sidang media di IPD Jeli hari ini. - Foto Shahuri Awang
A
A
A

JELI - Polis menahan seorang lelaki bersama 1,800 biji pil yaba bernilai RM18,090 dalam serbuan di Kampung Batu Melintang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah rumah pada jam 3 pagi berjaya menahan suspek yang juga peniaga habuk kayu berusia 47 tahun dipercayai pengedar dadah di sekitar daerah ini.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui pil disembunyikan di dalam bonet sebuah kereta di kawasan rumah tersebut.

"Hasil siasatan awal mendapati, bekalan dadah itu diperoleh dari Tanah Merah untuk diedarkan di sekitar kawasan Jeli.

"Suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan positif methamphetamine," katanya pada sidang media rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jeli di sini hari ini.

Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 3 November depan dan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Artikel Berkaitan: