Seramai 381 mangsa banjir di Perak setakat tengah hari

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Seramai 381 mangsa banjir daripada 87 keluarga di Perak masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat tengah hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, 53 orang mangsa dari daerah Batang Padang berada di Dewan Serbaguna Batu 3 Temoh di Tapah.

"Bagi daerah Hilir Perak, 85 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, 16 mangsa di PPS SK Dato' Yahya Subban dan 82 mangsa di PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan di Langkap," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mangsa banjir dari daerah Kerian masih kekal 145 orang yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai. - Bernama

Artikel Berkaitan: