Sorok dadah celah kangkang

Dadah yang dirampas daripada suspek.
Dadah yang dirampas daripada suspek.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki akhirnya membongkar rahsianya apabila polis menemui bungkusan dadah disorok dalam seluar dalam dipakainya dalam serbuan di Pangsapuri Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut dikatakan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis, namun usahanya gagal selepas dia berjaya diberkas oleh pasukan serbuan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan yang dilakukan menemukan sampul duit mengandungi dadah jenis syabu yang disimpan di dalam seluar dalam suspek.

"Berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis, namun usahanya untuk melarikan diri gagal apabila dia berjaya diberkas.

“Semakan yang dibuat mendapati suspek mempunyai 12 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah, malah ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine kini direman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: