41 PPS sedia kemungkinan banjir

No Image Caption
A
A
A

GUA MUSANG - Sebanyak 41 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diwartakan di daerah ini bagi persiapan menghadapi banjir.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, Mohd Yussalmi Yusoff berkata, jumlah berkenaan termasuk PPS Kem Etnobotani Gua Musang yang baru diwartakan.

Katanya, selain PPS, pihaknya turut menerima penambahan logistik termasuk bot dan lori.

"Taburan hujan di daerah ini masih di tahap terkawal walaupun ada beberapa kawasan mula hujan. Kita mengenal pasti 30 kawasan yang mudah dinaiki air.

"Antaranya di Kampung Kundur, Batu Papan, Batu Enam, Bertam Lama, Kerinting, Sungai Terah dan Pulau Setelu, Limau Kasturi, Bandar Lama, Kuala Sungai, Pasir Linggi, Pos Pulat, Miak, dan kawasan Sungai Galas serta Sungai Lebir.

"Kesemua kawasan itu membabitkan 10,000 penduduk. Mereka diminta berjaga-jaga sepanjang masa, peka dengan keadaan sekeliling serta mematuhi arahan pemindahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya.

Artikel Berkaitan: