Isu kemanusiaan perlu dihayati tanpa mengira sempadan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) menerima replika cek bernilai 150,000 Brunei Dollar daripada Presiden Persatuan We Care Brunei Darussalam Muhammad Akmal Marsidi (tengah) pada Majlis Makan Malam dan Bicara Tokoh serta Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan #GPM2020 di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC). -Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu kemanusiaan perlu difahami dan dihayati tanpa mengira sempadan sebagaimana yang dilakukan agensi bantuan kemanusiaan seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata GPM dan sebelum itu ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) telah banyak melaksanakan gerak kerja kemanusiaan, antaranya dalam isu Bosnia-Herzegovina, Vietnam, Rohingya dan kini berterusan dalam menyantuni isu Syria, Yaman, Uighur dan Kashmir.

Beliau berkata inisiatif oleh agensi kemanusiaan seperi ini harus disambut baik oleh semua pihak termasuk kerajaan kerana tuntutan tanggungjawab membela golongan tertindas bukan sahaja tergalas kepada gerakan Islam.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Bicara Tokoh dan Majlis Makan Malam #Sebangsa2019, anjuran ABIM, di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) di Bangi, dekat sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut, Dr Wan Azizah turut melancarkan Tabung Bantuan Kemanusian #GMP2020.

Tabung bantuan tersebut menyasarkan dana berjumlah RM20 juta untuk diagihkan di bawah enam teras utamanya, antaranya Bantuan Kemanusiaan, Advokasi, Pembangunan Komuniti dan Pendidikan Untuk Semua. -Bernama

Artikel Berkaitan: